You are currently browsing the category archive for the 'Uncategorized' category.

 Sungguh kasihan pada adik yang seorang ini.Semasa mula-mula mendengar berita ini dalam radio 24(93.9 fm), terasa sebak pula.Memandangkan dia senegeri dan seolah-olah dia teraniaya pula. Kes yang sama dengan Raja Munirah- ditangkap oleh pihak berkuasa negara asing. Jauh dari sesiapa.Pergi pula dengan alasan kerja.Modus operandi pun sama.Pihak berkuasa menjumpai dadah dalam bagasi dan sweater masing-masing. Mujurlah PAS, kerajaan negeri kelantan bersedia menanggung segala perbelanjaan kedua ibu bapa dan seorang yang arif dengan selok belok negara China.Yang kelakarnya dalam radio terlibat tidak pula menyebut nama kerajaan negeri tersebut.Sebaliknya sumbangan wang sebanyak RM2000 dari pihak pembangkang negeri tersebut disebut jelas dalam radio tersebut.

Malaysian gets death for drugs in China.

PAS is willing to pay for the expenses.

Sama-samalah kita doakan dia diberi peluang membela diri andai benar dia dianiaya.

 Pada adik-adik atau sesiapa sahaja di luar sana. Berhati-hatilah. Teringat kata-kata (tak ingat Raja Munirah atau orang lain yang juga sama kes dengannya-Harian Metro).

“Ingatlah,tiada siapa yang akan terlalu murah hati membayar kita sejumlah wang yang besar untuk kerja-kerja yang agak senang.”- lebih kura

Mahkamah TinggiSalah seorang jiranku telah teraniaya.Hingga catatan ini ditulis, pihak polis masih belum dapat menangkap penjenayah terlibat.Sungguh aku terasa terkilan sangat.Walaupun motosikal dan handset penjenayah berjaya dirampas oleh penduduk taman perumahan dan polis, namun sehingga ke hari ini jejak penjenayah tersebut masih tidak dapat dijejak.Fikirku, tentulah dengan adanya handset itu, semuanya insyaAllah akan menjadi lebih mudah. Fikirku lagi,tentu di dalamnya mempunyai beberapa nama dan nombor orang-orang yang dekat dengannya, rasanya itu hanya perkara mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka. Namun hingga hari ini,sudah seminggu lebih kejadian berlaku, pihak berkuasa masih gagal mengesannya.

Aku jadi tumpang bersedih di atas apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar memberi tempias kepada keluargaku yang berjiran dengannya. Tempias yang bukan sedikit.

Apa yang lagi mengharukan, keluarga penjenayah siap mengeluarkan kata-kata berbaur yakin dan pasti ahli keluarganya itu masih tidak dapat ditangkap.

Teringat aku pada arwah adik Nurin Jazlin. Kalau kes sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan, (dengan bukti handset dalam genggaman pihak berkuasa), apatah lagi kes sebesar arwah. Entahlah. Dunia memang sudah sampai ke penghujungnya. Jenayah berleluasa semahu-mahunya. 

Ya Allah, memang dalam dunia ini selalunya sukar bagi yang benar mempertahankan hak. Dimana lagi keadilan dalam dunia ini.Namun, kudoakan penjenayah itu mendapat balasan yang setimpal di atas perbuatannya yang zalim itu. Kalaupun tidak di dunia ini dia di bawa ke muka pengadilan, Ya Allah berikanlah dia balasan sewajarnya di akhirat. Engkau timpakanlah musibah sebesar-besarnya ke atas  hidupnya di atas tindakannya yang keterlaluan itu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha mendengar doa orang-orang yang teraniaya.Amin.

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!